Skip to main content

mStar Paper: Kenapa mendapat jolokan 'Raja Antioksidan'? Ketahui kesan pengambilan sumber semula jadi ini kepada kesihatan anda!

mStar Paper: Kenapa mendapat jolokan 'Raja Antioksidan'? Ketahui kesan pengambilan sumber semula jadi ini kepada kesihatan anda!

Kenapa mendapat jolokan 'Raja Antioksidan'? Ketahui kesan pengambilan sumber semula jadi ini kepada kesihatan anda!

Beberapa jenis hidupan laut dan buah-buahan yang berwarna merah atau merah jambu mempunyai astaxanthin seperti salmon, udang, ketam, udang kara dan beri.

 

 

KEBANYAKAN masyarakat kita pada hari ini sudah lebih peka terhadap penjagaan kesihatan serta pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat bagi memastikan tubuh kekal sihat.

 

Malahan, ramai semakin sedar bahawa kesihatan adalah harta paling bermakna dalam hidup dan menjadi tugas kita untuk menghargai serta menjaganya.

 

Tidak hanya tertumpu kepada diet dan senaman, kini terdapat pelbagai sumber makanan semula jadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak manfaat untuk kesihatan.

 

Kelebihan itu menjadikan ia baik untuk merawat luka secara semula jadi selain mencegah penyakit kronik seperti diabetes, bersifat anti kanser serta merawat sakit mata!

 

Malahan, ia dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel dalam badan.



Astaxanthin mempunyai kandungan antioksidan paling tinggi yang baik untuk kesihatan.

 

Tapi pernahkah anda mendengar tentang astaxanthin? Kedengaran cukup asing bukan? Tetapi sebenarnya ia juga mempunyai pelbagai manfaat yang cukup baik untuk kesihatan manusia.

 

Dalam bahasa mudahnya, astaxanthin semula jadi adalah karotenoid atau pigmen merah yang memberi warna kepada kebanyakan makanan yang kita jamah setiap hari.

 

Menurut Pakar Pemakanan Optixanthin, Audrey Chin, astaxanthin dapat dijumpai pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan tetapi ia paling banyak ditemui pada rumpai laut, khususnya mikroalga Haematococcus pluvialis dan fitoplankton (unsur halus yang menjadi makanan ikan).

 

Atas sebab itu katanya, beberapa jenis hidupan laut yang berwarna merah atau merah jambu mempunyai astaxanthin seperti salmon, udang, ketam dan udang kara.



Perbandingan beberapa jenis makanan dengan astaxanthin dalam aspek pelindapkejutan oksigen tunggal (salah satu jenis radikal bebas).

 

Astaxanthin 'raja antioksidan', 6,000 kali lebih baik berbanding vitamin C

 

Dalam pada itu, Audrey berkata, astaxanthin ini sebenarnya mengandungi antioksidan yang mampu melindungi sel dalam badan serta meningkatkan fungsi dan sistem imunisasi tubuh manusia.

 

"Ini menjadikan astaxanthin yang mengandungi kadar antioksidan yang cukup tinggi berpotensi untuk melindungi kesihatan mata dan otak, mencegah penyakit kronik, selain kesihatan kulit dan otot, ” ujarnya.

 

Maka tak hairan apabila astaxanthin mendapat jolokan sebagai 'raja antioksidan' memandangkan ia 6,000 kali lebih efektik berbanding vitamin C.

 

Malah terdapat pelbagai kajian telah dilakukan oleh saintis terhadap astaxanthin dan mendapati ia berpotensi dalam memberi pencegahan dan rawatan kepada pelbagai jenis penyakit.

 

Berikut adalah beberapa kebaikan astaxanthin untuk tubuh manusia;

 

1.Menjaga kesihatan mata

 

Tahap kesihatan mata seseorang boleh terjejas disebabkan pelbagai faktor seperti peningkatan usia dan bagi penghidap diabetes yang tidak dikawal turut boleh menyebabkan penglihatan terjejas seperti ulser mata, katarak dan glaukoma iaitu tekanan tinggi di dalam bebola mata serta kerosakan pada urat mata (retina).

 

Itu belum lagi disebabkan oleh penggunaan komputer dan telefon yang terlalu lama turut boleh menyebabkan kerosakan mata.

 

Astaxanthin adalah nutrien paling bagus untuk mata yang dapat memperbaiki otot mata, meningkatkan ketajaman penglihatan serta memperbaiki peredaran darah.

 

2.Menjaga kesihatan otak

 

Ramai tidak menyedari bahawa penjagaan kesihatan otak juga sama penting bagi manusia dan penggunaan astaxanthin dapat memberi pelbagai manfaat terutamanya kepada warga emas.

 

Sebagai antioksidan, astaxanthin berpotensi untuk mencegah pembentukan penyakit alzheimer yang biasanya dialami oleh individu yang sudah lanjut usia.

 

Tidak hanya itu, ia turut boleh membantu meningkatkan daya ingatan serta mengurangkan tekanan yang boleh memberi kelebihan kepada pelajar sekolah ketika menghadapi peperiksaan penting.

 

3. Sindrom metabolik

 

Sindrom metabolik adalah keadaan merangkumi tekanan darah tinggi, gula dalam darah dan tahap kolestrol.

 

Situasi ini biasanya berlaku disebabkan kurangnya perhatian terhadap menjaga kesihatan sekaligus meningkatkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung dan diabetes.

 

Astaxanthin dapat membantu mengawal peningkatan ketiga-tiga sindrom metabolik itu serta mengurangkan kadar trigliserida serta meningkatkan kolesterol high-density lipoprotein (HDL atau kolesterol baik) pada orang dengan kolesterol tinggi.

 

4. Menjaga otot

 

Bagi yang suka bersenam dan sering melakukan aktiviti bersukan, astaxanthin sangat membantu dalam meningkatkan prestasi fizikal anda.

 

Senaman berat seperti berenang, berlari dan mengangkat berat akan meningkatkan hormon stres (corsitol) serta peningkatan pelepasan radikal bebas dalam badan. Ia menyebabkan keletihan serta sakit otot semasa dan selepas latihan.

 

Astaxanthin dapat membantu meningkatkan daya tahan, stamina fizikal dan mengurangkan kesakitan otot yang dihadapi seseorang ketika melakukan aktiviti sukan.

 

Bagi warga emas yang ototnya sudah lemah, astaxanthin boleh membantu menguatkan otot mereka.

 

Manusia terdedah sumber radikal bebas setiap hari

 

Sementara itu, ahli farmasi yang juga Pengurus Besar Optixanthin, Monica Low memberitahu manusia memerlukan astaxanthin memandangkan ramai daripada kita sentiasa terdedah dengan pelbagai sumber radikal bebas setiap hari.

 

Jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh secara konsisten termasuk sumber luaran seperti pencemaran alam sekitar, asap rokok, radiasi, ubat tertentu serta sumber dalaman yang dihasilkan badan kita boleh menyebabkan kerosakan sel jika tidak terkawal.



Pengambilan makanan kaya dengan antioksidan bagus untuk kesihatan.

 

"Proses ini disebut sebagai pengoksidaan dan kajian turut membuktikan bahawa radikal bebas ini dapat dikaitkan berlakunya penyakit kronik seperti penyakit jantung, artritis dan barah.

 

"Antioksidan adalah satu-satunya bahan yang dapat menghentikan radikal bebas ini daripada menyebabkan kerosakan sel. Tubuh secara semula jadi menghasilkan antioksidan untuk meneutralkan dan melawan bahaya radikal bebas ini.

 

"Namun malangnya, antioksidan yang dihasilkan tubuh tidak mencukupi untuk menampung pelbagai radikal bebas yang terdedah kepada kita. Atas sebab itu kita perlu memilih sumber alternatif untuk mendapatkan antioksidan yang lebih baik," ujarnya.

 

Optixanthin teraju tiga produk mengandungi astaxanthin

 

Atas sebab itu juga, pihak Optixanthin mengeluarkan beberapa produk yang menggunakan astaxanthin sebagai bahan utama iaitu Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil, Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract dan Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract.

 

Ketiga-tiga produk tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri disamping menggunakan bahan semulajadi yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan seperti minyak kelapa, madu kelulut serta campuran buah beri.

 

Ketiga-tiga bahan tambahan dalam produk keluaran Optixanthin ini mempunyai pelbagai khasiat tersendiri apabila ia dicampur dengan astaxanthin.

 

1. Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil

 

Seperti minyak kelapa dara yang digunakan dalam Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil ia mengandungi asid laurik yang cukup baik untuk menyokong sistem ketahanan badan manusia. Lemak sihat di dalamnya juga baik untuk kesihatan jantung malah ia dapat memberi tenaga.

 

Ia juga ejen semulajadi mengurangkan kulat, bakteria, virus yang boleh menyebabkan penyakit selain menjadikan kulit, rambut dan kuku sihat.

 

Seperti asthaxanthin, minyak kelapa dara juga dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.

 

Kelebihan Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil, ia dihasilkan dalam bentuk minyak dan bukannya tablet sintetik, kapsul, pil atau serbuk.

 

Minyak kelapa dara yang digunakan membantu penyerapan astaxanthin dalam badan selain proses pengesktrakan yang dilakukan bebas bahan kimia serta sesuai untuk individu yang mengamalkan pemakanan vegeterian.

 

2. Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract

 

Tidak kurang kalah Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract, ia mengandungi madu kelulut yang kaya dengan antioksidan, antimikroba dan anti peradangan yang diperakui oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai 'Superfood'.

 

Campuran kandungan itu mampu meningkatkan dan seimbangkan sistem ketahanan dalam badan tambahan pula antioksidan madu kelulut adalah 10 kali ganda berbanding madu biasa yang berpotensi mencegah penyakit kronik.

 

Tidak cukup dengan itu, ia juga bagus bagi meningkatkan sel paru-paru dan produk ini sesuai untuk melegakan batuk dan batuk berkahak.

 

3. Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract

 

Manakala Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract pula diformulasikan dengan astaxanthin, lutein, vitamin C, E, B kompleks, zinc dan chromium yang membantu melindungi dan menyokong kesihatan mata dan badan anda.

 

Cukup sesuai untuk golongan muda atau tua, istimewanya Opti-I adalah ia bertindak sebagai pigmen makula yang dominan pada retina mata, selain lutein mampu menyaring cahaya biru dan melindungi mata anda.

 

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk tersebut boleh melayari laman web www.optixanthin.com atau menghubungi talian bebas tol 1800 88 1201 atau 016-223 4101 serta emel ke enquiry@optixanthin.com.

 

Source: https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2020/04/26/kenapa-mendapat-jolokan-039raja-antioksidan039-ketahui-kesan-pengambilan-sumber-semula-jadi-ini-kepada-kesihatan-anda#.XqT3hUwZUks.whatsapp